Tuesday, June 21, 2011

Weekender

Alhamdulillah, last weekend terisi dengan aktiviti best! Hehe.

Saturday, 18th June

1) Nilai 3-Borong barang2 untuk Stokis Tudung Fareeda saya=)





2) Pantai Bagan Lalang-makan seafood kaw2 kat Restoran Senandung, harga MURAH sgt! Sempat bercanda tepi pantai jap tgk sunset ;-)
Tgkla ape yg kami tinggalkan kat meja tu, hehe. Kami sampai tak larat nak jalan.

Sunday, 19th June

-Mendapat kunjungan adikku dan kawan2 ke rumah, sambil tengok2 tudung Fareeda. Siap lunch same2.
-Then, Solah belanja tengok movie, KL Gangster. Sangat best cite tu and I paling suke Abg Long Dil. Hahaha!

Monday, June 13, 2011

Nasi Impit Kuah Kacang

Haaa, semalam masak ni. Rase cam nak raya je. hehehe. 
Requested by my Solah. Mengidam ke ape?
Ni my first time masak kuah kacang, so call my mum mintak resipi :)
Alhamdulillah... jadilah jugak kuah kacang tu. 
 Nasi impit beli yang Adabi punye, rebus je. Sangat mudah.
So, kami berdua makan ni dari tengahari sampai malam, hehe.
Kasik kat kak ipar sket.
Kenyang satu hari, huhuhu.

Friday, June 10, 2011

Mari Berdoa

Jom share share =)

Ini sebenarnya doa Nabi Adam A.S. untuk memohon ampun daripada Allah s.w.t.

Dan Allah telah berfirman:
"Jika salah seorang dari zuriatmu, berdoa dengan doa tersebut, nescaya Aku akan hilangkan kedukaan dan kekeruhannya, Aku akan melindunginya, Aku akan menguntungkannya satu perniagaan selepas satu perniagaan dan Aku akan memberikannya dunia, walau dia tidak mengkehendakinya"

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Perkara yang kusembunyikan dan kuterangkan
Maka terimalah kemaafan daripadaku
Terimalah keampunan daripadaku ini
Terimalah taubat daripadaku

Engkau Maha Mengetahui tentang hajatku
Maka kabulkanlah segala permintaanku ini
Engkau Maha Mengetahui tentang apa yang
terkandung dalam jiwa ragaku,
Maka ampunilah dosa-dosaku

Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku memohon daripadaMu
Iman yang menusuk ke dalam hatiku
Keyakinan yang benar sehingga aku tahu
Tidak berlaku sesuatu ke atasku
Kecuali apa yang ditakdirkanMu buatku
Serta keredhaan dengan qadarMu

Mari beramal. Moga hidup kita diberkati. 
Wallahu a’lam...

Usain Bolt Nak Join MU ;-)

Tadi mase drive datang keje, tergelak sorang2, bayangkan cemane la kalo Usain Bolt, pelari pecut yang pegang rekod dunia main football with MU.

Eh, ni bukan berangan saje2 ni, tadi aku dengar kat radio HotFm...

"Usain Bolt bercadang untuk menyertai sukan bola sepak setelah beliau bersara dalam dunia olahraga. Usain Bolt akan memberi komitmen sepenuhnya jika diberi peluang menyertai pasukan MU".

Hai, Usain Bolt, kenapa MU? hehehe.

Tuesday, June 7, 2011

Dah Ganti Puasa ke Blom???

Azam saya tahun ni, tak nak tinggal puasa. Hehe. 
InsyaAllah berjaya. Doa2 kan ye!
 Saya nak DUIT RAYA dari Solah! 
So, harap2 boleh puasa penuh.
 Sekarang dah masuk Rejab, dah tak lame dah nak masuk Ramadhan. 
Hmm, tak sabarnya!
Jadi bulan ni dan bulan depan, saya kena berusaha ganti puasa yang lepas2.
Even saya pregnant, tak rase lapar pon sehari2.
So, insyaAllah takde masalah nak ganti puasa.
Jom PUASA jom =)

Saturday, June 4, 2011

Too Bad !

Eh, aku tau tak patut plak nak adekan entry ni, tp erm, sajela nak kongsi...

Hari ni dah genap 4 bulan usia perkahwinan aku dan Solah. Alhamdulillah.

Hari ni jugak Hari Jadi Agung, tapi aku bekerja. Cari rezeki...Kerja PH, boleh claim lebihla kan...

Aku baru je lepas gi solat kat surau td, tetiba tadi pas solat terfikir bagusnya kalo ade diari macam dulu, boleh aku tulis ape yg aku rase kat diari tu je, kalo blog, takot orang salah tafsir...Tapi kalo ade yg rase happy lepas bace entry ni, kamu memang busuk hati la.

2-3 hari lepas, aku ade issue sket ngan solah, besela, lidah mane tak tergigit. Inikan pula suami isteri. Tapi arini, dah settle la kot. Even hati aku still rase xsenang. Ntah kenapa...

Dan hari ni, lepas abes keje, terus nak balik kampung...

Kebetulan pulak, mentuaku sekeluarga datang dari kampung. Kepala ku kusut, berserabut, dorang nak tido kat umah aku, dah tak jadik semalam. Ntah ape dorang fikir...

Banyak sgt yang berlaku dalam mase yang same, tak terhandle rasenya... Ya Allah, kuatkan semangat ku.

Issue ni tadela besar macam pasangan ko ade orang lain ke... Issue bese2 aje, umpama kanak2 gaduh sebab nak rebut aiskrim, tp sebab lame sgt kupendam, sebabnya MASA lah. Seharian bekerja, jumpe pon 2-3 jam je sehari.

Sebab tu, orang cakap ade problem, xpuas hati, luahkan aje... Jangan simpan, takot berdarah kat dalam, parah sketla. Itula situasi aku, kecik je issue, tapi sebab simpan lame, bile keluar, macam gunung berapi! Kami tak pernah bergaduh sebelum ni... Ini kire first time la...

TOO BAD, sebab Solah surprisekan aku semalam sebelum solat Jumaat, dia cakap dia ada kat bawah office ku. Dia belikan BUNGA...Tapi hati tengah mendidih, so aku xtengok pon bunga tu. Sedihkan dia? Dia terus berlalu dari office aku. Yang aku tau, dia mesej, "I nak surprisekan U, sebab esok kita dah cukup 4 bulan"...Terkedu seketika bace mesej tu. Tapi ntahla, rase bersalah tu kurang sket semalam. First time la aku jadi tak berhati perut macam ni. Merajuk? Ye la kot...Jahatkan aku ni??

Balik kerja semalam, agak lewat, ade meeting, sepatah pon aku xbercakap. Terus tido...

Pagi ni, sebelum datang office, still aku xtengok bunga tu :(

Papepon, thanks Sayang belikan bunga tu... I hargai tapi mungkin mase tu kurang sesuai...I mintak maaf jugak, kalo ade salah silap...


Dah sampai office, issue 2-3 hari lepas tu, sempatlah kami bincangkan, nak cakap settle...mungkin ya, mungkin tidak... Sebab xsemua issue boleh settle dengan mintak maaf... Apepon...aku rase aku kene belajar jadi orang yang kuat dan bersabar, tp sabar manusia macam aku ni ada batasnya...


Ma selalu pesan, masalah tu datang, bukan kene lari, tapi untuk diselesaikan...

Jadi, aku rase aku dgn Solah akan selesaikan sendiri...DENGAN MASA...

Thursday, June 2, 2011

Promosi Pengenalan-Tudung Fareeda For Sale

Hai...

Nak mintak tolong kawan2 like page saya kat FB, Fareeda Seila.

Baru je start berjinak-jinak dengan bisnes ni...jual tudung koleksi Fareeda. Niat dah lame, tp rezeki baru sampai, hehe.

Sape2 berminat nak order, boleh SMS/email saya, ok. Sekarang saya tawarkan harga lebih murah dari dealer2 lain (Diskaun 10%-15%), sebagai PROMOSI PENGENALAN.

Papepon, terima kasih atas sokongan semua=)

Saya letak sikit je gambar kat blog ni, selebihnya boleh tengok kat page Fareeda Seila.












Okla, happy shopping;-)