Thursday, May 26, 2011

Ketupat Sotong Terengganu

Tadi pegi solat di surau. Ada yang bercerita pasal ketupat sotong ni. Rindu pada mak aku! Ma pernah ajar cara nak buat ni, mudah sangat tapi aku malas no time!

Bahan-bahan:
Sotong sederhana besar 
Beras pulut Santan 
Seinci halia (potong halus)
5 ulas bawang merah (potong halus)
Sesudu kecil halba 
Garam 
Lidi dipotong kecil

Cara memasak:
1. Beras pulut ditanak.
2. Masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh dalam sotong. 
3. Gunakan lidi utk tutup hujung sotong (elak pulut dari terkeluar semasa direbus). 
4. Santan dicampur dengan halba, halia, bawang merah & garam, 
5. Masukkan sotong ke dalam periuk. Dengan api kecil masak santan & sotong (elak santan naik kepala). 
6. Then dah masak, siaplah untuk dimakan. 




No comments:

Post a Comment