Thursday, August 16, 2012

Rendang Ayam

I would like to share my recipe on Rendang Ayam which I cooked recently.

Jom cuba, mudah je. Complicated part is when the rendang completed. Nak kena lap dapur. LoL.

Penyediaan dan bahan-bahan dari sumber Chef Hanieliza.

Bahan A:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik-ni kena tengok juga, kalau suka rendang jadi warna gelap, letak 1/2 cawan, kalau suka warna cerah sikit, 2 sudu pon dah cukup.
  • 2 helai daun kunyit (potong halus)
  • 5 batang serai (ketuk)
  • 1 sudu kecil gula kabung (tambahan)
  • Garam secukup rasa 

Bahan B (Dikisar):
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji cili api-kalau suka pedas, boleh tambah

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisik, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
Selamat Mencuba di hari raya nanti. Hehe :)




2 comments:

  1. Lin pun beli buku ni. (^________^) Nak belajar masak. Nampak sedap rendang ayam ni, nanti nak try lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt best buku ni, bahan2 pon simple tp jadi. Hehe. Trylah, mmg sedap :)

      Delete