Wednesday, May 25, 2011

Samun, Kuchai Lama

Semalam, pegi 3rd check up kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Kuchai Lama. Pegi jugak follow up kat klinik kerajaan ni as back up even dah tau, servis dan kualiti perkhidmatan tu tak seberapa.


Masa menunggu saja dah 3 jam lebih. Jumpe doktor 5-10 minit, jumpe nurse 5-10 minit, then boleh balik. Masuk klinik pukul 8am, keluar pukul 11.30am. Consultation, cume 15 minit je kot. Hahaha.

Then, sementara tunggu nak masuk office balik, singgah Old Town, breakfast jap. Kebetulan tengok Old Town ade promotion set breakfast: Nasi lemak + White Coffee, RM3.90. Tapi makan sorang2 ni, memang sangat tak best. Ku redah ajela, sebab dah sampai office nanti, sah2 la busy terus buat keje tertunggak.

Keluar je dari Old Town, nampak ramai orang berkerumun kat satu kawasan tepi poliklinik kat situ. Saya sajela gi wat2 sibuk kejap, intai2. Nampak ada kereta MyVi Hijau. Then, forensik, polis sume pon ramai. Kebetulan ada sorang akak kat sana, so ku tanyela ape hal, bleh plak dia jawab, "Ada orang mati kat dalam kereta, tak taula kena bunuh ke, sakit ke". Aku pon, percaya aje. Then, berlalu dari tempat kejadian dan balik ke office.

Hari ni, saje search carik2 pasal kejadian semalam, rupanya ini cerita sebenar dia. Aduhai akak! Bikin cite panas plak. LoL.

Samun: Mangsa parah ditetak 4 lelaki


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 30-an cedera di leher akibat ditetak empat lelaki dalam satu kejadian samun di Kuchai Lama di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian 9.15 pagi itu, mangsa bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke bank ketika diserang empat lelaki tempatan yang bersenjata.


“Mangsa dan rakannya, yang menaiki Perodua Myvi, sedang dalam perjalanan ke Maybank di Kuchai Lama untuk memasukkan wang kira-kira RM3,000.

“Ketika mereka sampai di lorong belakang bank, kereta mereka dipintas oleh dua kereta iaitu Proton Wira dan Gen2 kepunyaan suspek,” katanya.

Beliau berkata suspek yang bersenjatakan sepucuk pistol, sebilah parang dan tukul besi, kemudian memecahkan kereta dan menetak leher mangsa sebelum melarikan wangnya.

“Ini bukan anggota Geng Mamak… kita sedang buru mereka,” kata Chin Wah sambil menambah mangsa yang dihantar rakannya ke klinik di Taman Desa, menerima tujuh jahitan. – Bernama

1 comment: